14 April 2011

Di kala penuh ketakutan

Di kala penuh ketakutan
:: Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan ::
aku dan suspicious
sekarang dah bulan april.dan bukan niat aku nak mempromosikan april fool,tapi aku rasa somehow april fool ini diambil kesempatan namanya utk orang kenakan orang laen. klau mangsa tu nak marah,just say April fool! dan kita akan dimaafkan..:P
so bagi yang selalu bermusuh dgn orang laen,atau yang selalu kenakan orang pada bulan2 sebelum2 nih,atau pada sesiapa yang selalu serius dgn orang sampai orang laen tak boleh nak berlawak dgn dia,maka bulan ini ialah bulan yang sesuai..hehe..
sampaikan kita melihat orang laen pada bulan ini dgn pandangan berbeza.sangka buruk mendahului pandangan baik.kawan baik itulah yang kemungkinan menjadi agent utk membantu prank ini.
mudahnya kepercayaan dijual beli.mudahnya kesetiaan diperdagangkan.
sebab itu manusia lebih suka bersendiri,percaya pada diri berbanding pada orang laen.percaya pada kemampuan diri,tanpa berharap ada org laen akan membantu.
dunia serasa kosong.putih atau hitam.jiran jadi hanya bongkah kosong pemisah rumah.tidak pernah bertegur sapa.sakit lapar,kesusahan orang laen tidak diperlukan.
bila individulistik ini popular,maka tiada lagi persahabatan yang lively,hanya tinggal formaliti.sekadar basa basi.selepas solat,salam dihulur tanpa makna.senyuman tinggal gerakan pipi yang kosong.
sakitnya ditipu,sakitnya ditikam belakang,sakitnya diperalat etc jadi alasan utk tidak menjalinkan silaturrahim kembali..kasih terputus di tengah jalan,buat manusia jadi serik untuk tidak bercinta lagi..
huhhh...apakah dunia ini sudah kekurangan orang yang dipercayai?
tinggalkan laptop sekejap,dah ada yang kena curi. letak sandel jap kat masjid,habes jugak kena curi.parking motor walaupon sekejap,pasti dikunci dengan pelbagai kunci..
rapuh masyarakat,krisis keyakinan sesama sendiri semakin menebal..
Islam membawa nilai persaudaraan.islam membawa nilai penghargaan hancurkan benteng ke’aku’ an.
jadi beruntunglah manusia yang jadi ‘connectors’. yang boleh percayakan org laen utk menjaga dirinya.terlebih dulu,beruntung mendapat orang yang boleh dipercayai sikapnya.
lebih-lebih lagi,orang yang selalu menjadi penghubung kepada bersatunya jiwa-jiwa ke arah kebaikan.
bila realiti sekarang yang penuh kecurigaan ini sudah jadi lumrah dan kemestian,bukan lagi asas untuk sekadar berjaga-jaga,maka suasana akan jadi weird.tidak harmoni.ada barriers.gap.as long kontrak yang dipersetujui siap,maka semua beredar.
semua ikatan akan mudah goyah,baek yang diikat dgn verbal atau yang ada hitam putihnya.persahabatan,perkahwenan,kontrak MoU, etc semuanya akan mudah putus,kadang-kadang dengan sebab keraguan yang kecil.
suspicious inilah yang titik lemah sehingga tentera ahzab membuat keputusan utk membubarkan pakatan mereka.
sungguh berbeza berbanding ketika mendengar perkataan sahabat Rasululah,
“ klau kamu ya Rasul terjun ke laut,kami semua akan terjun bersamamu”
“ buatlah sesuka hatimu ya Rasul,pasti kami akan bersama-sama kami”
nilai tsiqah dan  kepercayaan kuat mengikat mereka..
Sungguh ajaib seorang ketua yang mampu mengikat hati2 pengikut mereka.semacam ada bonding yang luar biasa,sehinggakan mereka sanggup berkorban apa sahaja demi apa yang diperjuangkan.
ia sekadar satu kalimah: kepercayan.dan bukan suspicious.

Google Docs makes it easy to create, store and share online documents, spreadsheets and presentations.
Logo for Google Docs

0 comments: