| :: semua cun saja :: |
:: semua cun saja ::
aku dan kebebasan
kadang2 aku ingin buat apa yang aku mahu lakukan, aku mahu bercakap apa yg aku rasa,aku mahu berkenaan dgn orang yang aku mahu kenal, aku mahu berjalan ke mana-mana yang aku mahu pergi.
seronok kan?
tapi aku masih tgk ramai orang yang terpenjara dgn limitation masing2..yang sengaja dibuat diri mereka.sampai mereka tidak mampu merasai kebebasan.
maybe kerana tidak mampu,sampai tahap mereka sudah selesa dipenjara..hehe..
macam seekor kucing kat rumah jiran aku.diberi makan,diberi rumah tapi dikurung.for sale! dipelihara dan dijaga kemas utk suatu hari nanti dijual.
sampaikan kucing itu super duper manja,tidak tangkas dan tidak waspada macam kucing2 jalanan yng laen.
hanya ia tahu mengigau manja,menggesel2 di kaki manusia, dan berpusing2 di tanah. (bajet menarik la tu..huhuh )
ia tak tahu makna libasan cakar, tak tahu bagaimana memilih makanan yg baik di celah2 makan yang kotor,merasai nikmat lapar di sela2 kenyang yang menyakitkan..
kesian.
dan kadang2 anda patut melihat,adakah anda masih terbatas dgn limititation yang anda tidak sedar anda bina?
sampai ia begitu menakutkan,gelap,sejuk dan pesimis melihat masa depan.
Allahhul musta’an.
rugi muslim sebegitu.rugi diri sendiri.menjadi beban pada diri sendiri.
Allah,mudahkan jalan2 kami.Ameen~
Google Docs makes it easy to create, store and share online documents, spreadsheets and presentations.

0 comments:
Post a Comment