:: Setiap air mataku mengalir..Allah aku lemah dan tak berarti ::
aku dan macam-macam
rasanya dah 3 minggu dah tak melukis sesuatu kat blog ini. so rasanya mesti peminat2 aku (ceewahh) mulai bosan bila bukak blog aku,akan tiada update..huhu..
btw, nak bagitau pada semua..aku sudah addicted dengan facebook! help me! help me!
boleh kata setiap hari aku mesti bukak facebook.even ada yang bermanfaat pon,still facebook nie macam satu perkara baru yang terus menerus melekat dalam diri aku..yarrghhhh!
dan aku rasa,macam ia mengambil masa aku yang agak penting.mencuri waktu aku nak buat keje2 laen..huuuu..takot jgk.sem nie aku kena score.sebab nak naekkan cgpa aku.dah la subjek susah.even macam sempoi ajer lecturer tu.tapi tak bleh dah maen2..
tapi...dalam tensen2 aku pon,still aku dihepikan oleh orang2 yang ada disekeliling aku.of kos my student saya yang innocent!.. mereka menginducekan diri saya utk terus jadi muda (hehe) dan selalu berikan saya semangat.orang mudakan semangatnya luar biasa..so memang seronok jumpa dgn mereka,lawak2 dengan mereka,dan mestilah ambil cerita movie daripada mereka jgk..hahaha
dalam midterm,of kos aku akan tolong2 sket mereka.bagitau la hint2 sket.tapi klau dah geram sgt,aku akan terus bagitau jawapan.ada plak student tu,dgn muka konfident bagi kat aku paper dia.dia nak keluar awal.tapi aku suh dia duduk dulu.aku check jawapan dia.ceh..ada jugak jawapan dia yang salah.lalu aku suh dia duduk balek dan aku tunjuk kat dia apa yg salah..hehe..
baik tak aku?hehe..(tapi kadang2 aku malas jugak nak tolong..sebab tanya soklan yang senang,so aku mana bleh tau hint..nanti terus jer diorang dpt jawapan)
baru nie naek bukit broga.awal pagi dah pergi.bila pergi awal pagi dan waktu cuit CNY,still aku jgk rombongan orang kat atas buikit.yet,aku berpuas hati.at least stamina tu ader balik..
sem nie boleh kata padat.aku mengajar 2 subjek dan tanda satu subjek.kira jammed jgk.1st time buat camnie.so dgn sebab itu,aku ingin memberitahu yang aku telah mengalami kerja yang bertimbun2..sampai tak terkira byknya.baru nie cuti midsem seminggu aku tak balek.sedar2 sem dah bukak balek.jenuh aku fikir,apa yg aku buat waktu cuti tu?
padat..padat padat..
so bila fikir2..kerja nie tak pernah habes.bila habes ajer,ader jer keje laen.so tu yang buat kita akan start terkejar2.tapi please,jgn gelabah..:P
kadar pmbacaan aku meningkat.bukan setakat pada subjek master dan journal,tapi pada yang bukan bidang aku.rajin aku membaca.dan sekarang aku dalam proses yang menmbah senarai movie yang bagus utk dilihat..thanks pada my students!
ini bukan eksploitasi..ini konsep tolong menolong..:P
dalam minggu nie,aku akan dpt hp baru..dan mybaby aku diservis. dan aku nak renew lesen dan road tax.mak aih..macam byk jer nak bayar nih..hehe..dont wori,Allah jaga rezeki..kita redha ajer..
life aku skrg macam berterabur.study lewat malam,then awal pagi tido balek.kemudian pergi ke universiti dan stay kat sana sampai 1 pagi.kemudian klau tak balek rumah,aku stay kat musolla.kasi insaf sket.baru lar ada tempias iman sket..(=
cuaca skrg sgt panas. so memang kena keluar sebelum panas mentari menyengat.dan balek bila cuaca sejuk.
tadi ada student tegur aku kat jambatan.
student: sir,dan tanda paper static saya?
aku: ermm..dah..
student: so..(sambil tunjuk ke arah dia)
aku: nama awak siapa?
student: aishah..
aku: saya lupa plak..(heheh)
oowhh..nama dia aishah rupanya..:P
aku sekarang tak leh buat jahat.ader jer aku lalu kat mana2..student angkat tangan.babai.senyum..wohh....bahaya bahaya..(tapi apa mende yang jahat aku nak buat ehh?)
aku kadang2 rasa fatigue jgk.sebab byk keje kena buat.kadang2 bila nak bangun tido,rasa malas ajer..haha..tu tandanya badan nak rehat lagi.atau tido tak cukup...
apa bleh buat..klau tak siap,ader orang marah.ader keje tak jalan.ader misi tak selesai..
selalunya bila sukarnya hidup,pergilah ke mana2 tempat yang kita boleh jumpa kesukaran yang lebih rumit.bukan nak pujuk diri kita,tapi at least kita bleh lihat,keazaman yang ada pada mereka utk melawan kepayahan..sungguh akan buat kita malu..dan harapnya akan dtg motivasi..
cukup la setakat ini kot updates. so far saya masih bertahan.apa yang berlaku sekarang,saya tempuh dgn saya xberikan yang terbaik.tu jer.klau orang tak puas hati ker apa,suka hati saya lar..:P
kadang2 kita hepi bila apa yg kita persembahkan melebihi expectation org laen.tapi kita jgn mudah goyah klau kita tak mencapainya.anggaplah itu yang terbaik yang kita telah buat.maybe pada masa akan dtg,kita berusaha utk beri yang lebih baek..
itulah optimis.yang tak pernah rasa selesa dgn apa yg ada..tu yang jadikan kita sentiasa ‘hidup’
yeah..aku mahu hidup.aku mahu life.aku mahu semua orang disekeliling aku hidup..
ok babai.dah pukul 1.20pagi.duduk kat cafe lagi.nampak gayanya malam ni aku tido kat musolla..
doakan saya ehh..(= sayang korang.